Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim, Gred XA1 | Maritim - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 18 June 2015

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim, Gred XA1 | Maritim



JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN JUN 2015
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
LASKAR KELAS II MARITIM, GRED XA1
120 Kekosongan
Tarikh Tutup : 22 JUN 2015
Syarat Lantikan : 

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred XA1 : RM1,014.00);
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  3. berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian

Permohonan secara online di
 LAMAN WEB SPA

(www.spa.gov.my)

 
Deskripisi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

No comments:

Post a Comment