Kelayakan SPM | Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 18 June 2015

Kelayakan SPM | Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma



 JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
 2, 721 Kekosongan

Tutup : 1 Julai 2015
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam. SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1. JURURAWAT
2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
5. JURU X-RAY
6. JURURAWAT PERGIGIAN
7. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
8. JURUPULIH ANGGOTA PERUBATAN
9. JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA
 10. PENOLONG PEGAWAI FARMASI

    • Syarat Kelayakan Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan AwamCalon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
      1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
      2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
      3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
 
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian 

Permohonan secara online di
LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my)




2 comments:

  1. Bolehkah umur melebihi 30 tahun memohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. merujuk kepada Syarat

      Jika Lantikan Terus - hendaklah berumur 17 - 25 Tahun

      Jika (berkhidmat kerajaan) KPSL - hendaklah berumur 51 tahun ke bawah

      Jika (berkhidmat dalam kerajaan / jawatan lain / telah sah jawatan) - di bawah 38 tahun

      Delete