Kerja Kosong Pegawai Kerani | Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday, 30 June 2015

Kerja Kosong Pegawai Kerani | Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera



JAWATAN KOSONG TERKINI DI NEGERI SABAH JULAI 2015
PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA 
(Perbadanan Milik Penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera)
Tarikh Tutup : 7 Julai 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai:-

PEGAWAI KERANI GRED 12

Kekosongan- Negeri Sabah
GAJI/TANGGAGAJI :
RM1,500.00 MINIMUM
RM4,000.00 MAKSIMUM 



KELAYAKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau setaraf;

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Matematik.

iii. Kemahiran penggunaan komputer, komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia (lisan dan tulisan) di semua peringkat adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN: Tetap

CARA MEMOHON JAWATAN : 








1. Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman bekerja dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan;

2. Perhatian kepada pemohon:-

a. Semua permohonan dari pegawai-pegawai Kerajaan/Swasta yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pemohon mematuhi syarat/peraturan ini permohonan akan ditolak;

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

c. Hanya permohonan yang lengkap dari pemohon berkelayakan akan didaftarkan dan permohonan yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga;

d. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga: dan

e. Pihak PERHEBAT tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.

3. Permohonan beserta dokumen yang lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT,
Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65,
47000 Sungai Buloh
SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran)



4. Tarikh tutup permohonan : 07 JULAI 2015 (SELASA)

LAIN - LAIN JAWATAN DI PERHEBAT ( BUKAN DI NEGERI SABAH)

1. PEGAWAI TADBIR (MEDIA & KOMUNIKASI KORPORAT) GRED 21 (1 KOSONG) 

Kelayakan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perhubungan dan komunikasi dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang penulisan media dan kreatif serta yang berkaitan dengannya dan;

 iii. Penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa inggeris yang tinggi dalam aspek membaca, menulis dan komunikasi di semua peringkat.

Penguasaan bahasa ketiga merupakan satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur 23 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN: Tetap
2. PEGAWAI EKSEKUTIF – GRED 19 (1 KEKOSONGAN DI NEGERI PAHANG) 

Kelayakan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau

ii. Sekurang-kurangnya STPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan

iii. Kemahiran ’interpersonal’ yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan;dan

iv. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun akan diberi keutamaan.

Umur : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

Taraf Jawatan: Tetap

3. JURUTEKNIK AWAM – GRED 12 (1 KEKOSONGAN) 

Kelayakan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan lulus Matemetik pada peringkat SPM/SPVM; dan

iii. Minimum Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Binaan Bangunan atau setaraf;

iv. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

Umur : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

Taraf Jawatan: Tetap

4. PEGAWAI KERANI – GRED 12 (2 KOSONG- NEGERI SABAH/IBU PEJABAT) 

Kelayakan = Sila rujuk di atas (Pegawai Kerani- Gred 12 (Sabah))

5. Pembantu Am Rendah - Gred 4 (1 Kekosongan)

Kelayakan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

 ii. Lulus dalam Bahasa Melayu dan lulus Matematik.

Umur : Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.

Taraf Jawatan : Tetap  

No comments:

Post a Comment