Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah 2015 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 3 August 2015

Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah 2015

Jawatan Kosong Jabatan Tanah Dan Ukur
JAWATAN KOSONG KERAJAAN DI SABAH TERKINI  2015

JABATAN TANAH DAN UKUR NEGERI SABAH
Permohonan ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi pelbagai jawatan bertaraf kontrak selama dua(2) tahun di Jabatan Tanah Dan Ukur di bawah projek Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah(PANTAS) seperti berikut:-

Juruukur Daerah Gred J41- (1 kosong)

Penolong Juruukur Gred JA29- (14 kosong)

Penolong Jurutera Gred JA29- (1 kosong) 

Penolong Akauntan Gred W27- (1 kosong)

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27- (1 kosong)

Penolong Pentadbir Tanah Gred NT27- (1 kosong)

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17- (1 kosong)

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17- (1 kosong)

Pembantu Pentadbir Tanah Gred NT17- (9 kosong)

Pembantu Awam Gred H11- (57 kosong)

Pemandu Kenderaan Gred H11- (19 kosong)

TARIKH TUTUP : 7 OGOS 2015 (JUMAAT)

CARA MEMOHON



Borang Permohonan (SPA.1 Pindaan 1/98) yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun pada laman web Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri) dan ditandatangani hendaklah dihantar bersama salinan dokumen yang telah disahkan benar oleh agensi pengeluar seperti berikut:

a. Salinan Sijil Kelahiran pemohon;
b. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
c. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua-dua Ibubapa pemohon;
d. Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia;
f. Lesen Memandu yang masih sah tempoh; dan
e. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti yang disyaratkan dalam iklan ini

Borang yang lengkap bolehlah dihantar ke alamat:

Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pentadbiran Am
Aras 5, Wisma Tanah Dan Ukur
Jalan Bukit Perwira
Beg Berkunci No. 2044
88576 KOTA KINABALU;

atau serahan tangan ke

Di kaunter pendaftaran, Jabatan Tanah & Ukur (Hantaran Tangan), Tingkat Bawah.

Permohonan yang diterima daripada pemohon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

SYARAT LANTIKAN DAN BUTIRAN PENUH : DI SINI



No comments:

Post a Comment