Jawatan Kosong Jurulatih Sukan - Sekolah Sukan Seluruh Malaysia | Kementerian Pendidikan Malaysia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday, 24 August 2015

Jawatan Kosong Jurulatih Sukan - Sekolah Sukan Seluruh Malaysia | Kementerian Pendidikan Malaysia

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang,  dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan
(SILA RUJUK SYARAT DAN SENARAI JENIS-JENIS SUKAN DI BAWAH)


TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2015

CARA MEMOHON




i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web
www.moe.gov.my (Download Borang)

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:
Pengarah Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13,
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

iv. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September 2015.

Catatan : Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya

BUTIRAN LANJUT SYARAT DAN JENIS-JENIS SUKAN
Syarat dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam:

 Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
 Warganegara Malaysia;
 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
 Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
 Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan sekurang-kurangnya Tahap 1;
 Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
 Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Syarat dan kelayakan Bukan Pegawai Perkhidmatan Awam:
 Warganegara Malaysia;
 Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
 Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan;
 Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
 Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan. Faedah Kerja :

 Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:
Gaji Peminjaman = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai.
( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap )

 Jurulatih bukan Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya akan menerima gaji mengikut tahap pengalaman dan tahap sijil kejurulatihan

JENIS-JENIS SUKAN | JURULATIH SUKAN YANG DIPERLUKAN
1. Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil
Angkat Berat ,Gym Instruktur, Badminton ,Bola Jaring ,Bola Tampar, Gimrama ,Gimnastik ,Hoki (L) ,Kriket Olahraga (L&P), Ping Pong, Renang ,Squash, Wushu

2. Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail
Olahraga (L&P), Tenpin Boling

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang
Gimnastik (L), Memanah (P) ,Olahraga (L&P)

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah
Renang (L) , Terjun Air (P)

5. Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
Angkat Berat , Boling Padang, Judo, Lawan Pedang, Lumba Basikal, Olahraga (L&P), Sepak Takraw ,Silat Olahraga



No comments:

Post a Comment