Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Q41 | Jabatan Pertanian Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 10 August 2015

Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Q41 | Jabatan Pertanian Sabah

JAWATAN KOSONG KERAJAAN DI SABAH TERKINI  OGOS 2015

JABATAN PERTANIAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PEGAWAI PENYELIDIK Q41- (4 Kekosongan)

Tempat Kekosongan : Daerah / Pusat / Stesen Pertanian Seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji :
Gred Q41 : RM2146 - RM8718.00
Kenaikan Gaji Tahunan :
RM225.00

TARIKH TUTUP : 28 OGOS 2015 (JUMAAT)


SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2146.00 ); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2249.66) atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2664.78) atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2976.11)

DAN

(b) Lulus subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
CARA MEMOHON






Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my


Untuk mereka yang tidak mempunyani kemudahan komputer , Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS, KOTA KINABALU.

Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.






DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI PENYELIDIK Q41 - SABAH 
a} Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi (R & D) dalam bidang kajian dan pengurusan sumber tanah (kartografi) yang mematuhi struktur dan rangkaian spatial berdasarkan piawaian MS1759 bagi menepati kepuasan setiap “ stake holder”.

b} Melaksanakan kerja - kerja Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi (R & D) dalam bidang pertanian khususnya kimia tanah dan daun atau dalam bidang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman.

c} Melaksanakan kerja - kerja Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi (R & D) dalam bidang pembiakan buah - buahan atau bidang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman.

d} Merancang, melaksanakan dan mengawalselia program penyelidikan biodiversiti tanaman dan herba ke arah pembangunan teknologi sektor pertanian khususnya bagi konservasi dan eksploitasi nilai komersil tanaman herba.

e} Melaksanakan dan menjalankan aktiviti dan kerja - kerja penyelidikan khasnya dalam tanaman buah - buahan, ‘ nuts’ dan rempah ratus dalam stesen dan luar stesen ( on-farm trial) bagi memastikan dasar dan objektif jabatan dipatuhi.

f} Melaksanakan dan mejalankan aktiviti dan kerja - kerja Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi (R & D) khasnya dalam tanaman makanan, dan menghasilkan pakej teknologi dalam bidang pertanian khususnya tanaman makanan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman makanan.

No comments:

Post a Comment