Jawatan Kosong Pegawai Pertanian , G41 | Jabatan Pertanian Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 10 August 2015

Jawatan Kosong Pegawai Pertanian , G41 | Jabatan Pertanian Sabah

JAWATAN KOSONG KERAJAAN DI SABAH TERKINI  OGOS 2015

JABATAN PERTANIAN NEGERI SABAH
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PEGAWAI PERTANIAN GRED G41- (15 Kekosongan)

Tempat Kekosongan : Daerah / Pusat / Stesen Pertanian Seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji :
Gred G41 : RM1915.00 - RM8651.00
Kenaikan Gaji Tahunan :
RM225.00

TARIKH TUTUP : 28 OGOS 2015 (JUMAAT)


SYARAT LANTIKAN
(i) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2221.37) atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2221.37) atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2323.57) DAN

(b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat


http://www.jawatan.sabah.gov.my


Untuk mereka yang tidak mempunyani kemudahan komputer , Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS, KOTA KINABALU.

Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.






DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI PERTANIAN G41 - SABAH 
a. Menyelaras dan memantau pengurusan pentadbiran pejabat pertanian daerah bagi membantu mempertingkatan keupayaan perkhidmatan pengembangan dan menyokong pelaksanaan projek pembangunan pertanian

b. Melaksana dan menyemak kurikulum dan kurikulum program Sijil Pertanian dan Sijil Vokasional Pertanian serta pengurusan pentadbiran Seksyen Latihan Vokasional Pertanian

c. Melaksanakan program penguatkuasaan dan perlindungan tanaman bagi menghalang kemasukan perosak berbahaya dari luar ke negeri Sabah dan memastikan negeri Sabah bebas daripada perosak tumbuhan yang berbahaya

d. Mengurus pelaksanaan program / aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti bagi memastikan agensi mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) berkaitan yang dikeluarkan dari masa kesemasa dan agensi dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

e. Merancang dan menyelaras serta melaksanakan program - program pembangunan tanaman padi dan program - program galakan pengeluaran hasil padi.

f. Melaksanakan pengurusan pentadbiran pejabat pembangunan tanaman singkat masa dan mengurus pelaksanaan projek pembangunan tanaman singkat masa.

g. Melaksanakan program pengeluaran bahan tanaman dan kawalselia selaras dengan dasar dan objektif jabatan.

h. Melaksanakan pengeluaran benih tanaman kontan / padi bermutu.

i. Melaksanakan program Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu (KKPB) dan Kursus Kemahiran Keusahawanan (KKK) dalam bidang Hortikultur dan mempertingkatkan kemahiran usahawan pertanian bagi menyokong pelaksanaan projek dan program pembangunan pertanian.

j. Merancang dan melaksana program pengembangan pertanian bagi menyampaikan teknologi pertanian terkini kepada golongan sasar.

k. Melaksanakan pengurusan penyelenggaraan ladang tanaman, ternakan dan susunatur bahagian pengurusan di Taman Pertanian Sabah bagi mempertingkatkan pengeluaran hasil ladang dan pengurusan teknikal.

No comments:

Post a Comment