Temuduga Pemilihan Terbuka Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Di Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 2 August 2015

Temuduga Pemilihan Terbuka Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Di Sabah

logo-tentera laut-diraja-malaysia
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2015
Tentera Laut DiRaja Malaysia

PEMILIHAN LASKAR MUDA TLDM 

Dimaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja MalaysiaTLDM akan melaksanakan pemilihan Laskar Muda TLDM Lelaki dan Wanita 

Pemilihan ini terbuka kepada para belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan seterusnya berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

1. KELAYAKAN AKADEMIK

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LAIN-LAIN KELAYAKAN
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 14 Disember 2015.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Taraf perkahwinan bujang.
d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita),
   tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita),
   Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).
e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecermerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan







CARA MEMOHON
CARA MEMOHON 
Calon yang berminat hendaklah menhadiri PEMILIHAN TERBUKA LASKAR MUDA  yang akan diadakan di tarikh dan lokasi seperti berikut:-

15 September 2015 - KD SRI TAWAU
17 September 2015 - KD SRI SANDAKAN
19 September 2015 - 671 , Kem Transit, Kota Kinabalu

KEISTIMEWAAN LLP TLDM
• Pakaian seragam percuma.
• Makan dan tempat tinggal percuma.
• Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
• Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.
• Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Bayaran insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
• Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan komputer.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia
– Bantuan Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP) Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Laman Web: www.navy.mil.my
info: Navy


1 comment:

  1. Assalamulaikum,cik...
    Melalui pemilihan temuduga tu adalah berdasarkan syarat2 trsebut.ttpi,nak mngikuti tmuduga tu xperlu isi apa2 borang ke melalui online?atau trus kepusat tmuduga?

    ReplyDelete