Jawatan Kosong Guru Tahfiz (Kontrak) | Kementerian Pendidikan Malaysia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 26 October 2015

Jawatan Kosong Guru Tahfiz (Kontrak) | Kementerian Pendidikan Malaysia

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JAWATAN
GURU TAHFIZ (KONTRAK)
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 


Tarikh Tutup : 9 November 2015

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara kontrak di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
1. KETERANGAN PROGRAM
1.1. Tajuk: Pengambilan Guru Tahfiz secara kontrak untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
1.2. Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Kontrak (Contract Of Service)
1.3. Tempoh Kontrak: Dua (2) tahun mulai daripada tarikh melapor diri. Akan disambung bagi dua (2) tahun seterusnya tertakluk kepada keperluan syarat-syarat perkhidmatan PPP.
1.4. Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh kontrak.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia
2.2. Sihat tubuh badan
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
2.4. Memiliki sekurang-kurangnya:
2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; pemohon perlu merujuk kepada laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/
2.4.2. Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau ijazah daripada IPTS tempatan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
2.4.3. Diploma Tahfiz daripada institusi-institusi yang diiktiraf oleh KPT atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2.4.4. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat daripada institusi dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh KPT dikecualikan daripada syarat di para
2.4.5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


CARA MEMOHON;




Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara 'online'.

Sila layari laman web

www.jobsmalaysia.gov.my


Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2 NO 2251,
JALAN USAHAWAN 1, BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL,
63000 CYBERJAYA SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)

No. Telefon : 03-8321 7300/7299/7322/7366/7282







No comments:

Post a Comment