Jawatan Kosong Juruteknik Komputer, FT17 | UITM Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 27 October 2015

Jawatan Kosong Juruteknik Komputer, FT17 | UITM Sabah


Kerja Kosong UITM SAbah
JAWATAN KOSONG SABAH TERKINI 2015
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH

Tarikh Tutup : 9 November 2015
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada   peringkat  peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:  RM953.00); atau

(ii)     Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Senarai bidang yang paling sesuai untuk lantikan sebagai Juruteknik Komputer adalah seperti di Jadual 1);

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:  RM1,010.77); atau

(iii)    Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Senarai bidang yang paling sesuai untuk lantikan sebagai Juruteknik       Komputer adalah seperti di Jadual 1);

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:  RM1,068.89); atau

(iv)     Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

           (Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:  RM1,243.24); atau

(v)       Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer)   yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:  RM1,417.59); 

dan

(d)     Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia   atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON




Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. 
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Sila kemukakan permohonan kepada

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846



No comments:

Post a Comment