Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran, H17 | UITM Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 27 October 2015

Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran, H17 | UITM Sabah


Kerja Kosong UITM SAbah
JAWATAN KOSONG SABAH TERKINI 2015
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH

Tarikh Tutup : 9 November 2015

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

PEMBANTU KEMAHIRAN (GRED H17)

Calon bagi lantikan  memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (i)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya  Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H17:  RM1,318.42); atau

(ii)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred H17:  RM1,318.42)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. 
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

atau

Sila kemukakan permohonan kepada

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846



No comments:

Post a Comment