Jawatan Kosong Pembantu Perpustakaan, S17 | UITM Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 27 October 2015

Jawatan Kosong Pembantu Perpustakaan, S17 | UITM Sabah


Kerja Kosong UITM SAbah
JAWATAN KOSONG SABAH TERKINI 2015
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH

Tarikh Tutup : 9 November 2015
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

PEMBANTU PERPUSTAKAAN (GRED S17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S17:  RM928.00);

      dan
  •  Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. 
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

atau

Sila kemukakan permohonan kepada

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846

1 comment:

  1. boleh tumpang tanya,kalau mohon lebih dari satu boleh ka?cthnya mohon pembantu perpustakaan dan pembantu tadbir,mau satu-satu borang ka @asing2?

    ReplyDelete