Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan, KP11 | Dewan Bahasa & Pustaka - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 14 October 2015

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan, KP11 | Dewan Bahasa & Pustaka

Logo Dewan Bahasa Pustaka - Text
JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2015
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, CAWANGAN SABAH
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

PENGAWAL KESELAMATAN, GRED KP11

Taraf Perkhidmatan : Tetap dan Berpencen
Jadual Gaji Minimum – Maksimum :
RM837.00 – RM2,619.00

SYARAT LANTIKAN :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(b) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan

(c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(d) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan

Hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP
(Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99).

MUAT TURUN BORANG
Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
PERTANYAAN LANJUT 
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,
Kompleks DBP Sabah, Telok Likas,
88873 Kota Kinabalu,Sabah
Tel.   : 088 - 439 314
Faks : 088 - 439 732



No comments:

Post a Comment