Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, C27 | Hospital Kuala Penyu - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 15 October 2015

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, C27 | Hospital Kuala Penyu


JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2015
HOSPITAL KUALA PENYU

Hospital Kuala Penyu dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN, C27

Tempoh :
3 - 6 bulan
Taraf Perkhidmatan :
Pekerja Sambilan Harian
Gaji :
RM 72 Sehari


SYARAT LANTIKAN :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan
3. Diploma dalam Bidang Catering and Management yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Gaji : Gaji dibayar pada gred C27 : RM 72 /sehari. Elaun Wilayah dan Elaun Khidmat Awam sahaja.
5. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan KKM.SM-1/99.PIN.1/2001


Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman di bawah


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada: 

PENGARAH
HOSPITAL KUALA PENYU

WDT 35, 89747 KUALA PENYU
(U.P : EN.MOHD IHSAN BIN REEDZAL)

HANTAR SEBELUM 23 OKTOBER 2015

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan fotostat sijil dan dokumen berikut yang diakui sah:-
a. Kad Pengenalan
b. Sijil Kelahiran
c. Sijil Tamat Persekolahan Peringkat Menengah dan;
d. Diploma dalam Bidang Institutional Catering and Management yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

No comments:

Post a Comment