Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perubatan, U29 | UITM Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 27 October 2015

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perubatan, U29 | UITM Sabah


Kerja Kosong UITM SAbah
JAWATAN KOSONG SABAH TERKINI 2015
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
Tarikh Tutup : 9 November 2015
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29:  RM1,687.59); 

                dan
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,  Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. 
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

atau

Sila kemukakan permohonan kepada

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
BEG BERKUNCI 71
88997 KOTA KINABALU, SABAH
NO.TEL: (088)  513843 / 513846


No comments:

Post a Comment