Jawatan Kosong Setiausaha Pejabat, N27 | Dewan Bahasa & Pustaka Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 14 October 2015

Jawatan Kosong Setiausaha Pejabat, N27 | Dewan Bahasa & Pustaka Sabah

Logo Dewan Bahasa Pustaka - Text
JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2015
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, CAWANGAN SABAH
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

SETIAUSAHA PEJABAT, GRED N27

Taraf Perkhidmatan : Tetap dan Berpencen
Jadual Gaji Minimum – Maksimum :
RM1,362.00 - RM5,092.00

SYARAT LANTIKAN :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
(a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP
(Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99).

Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my.


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada: 

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

PERTANYAAN LANJUT 
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,
Kompleks DBP Sabah, Telok Likas,
88873 Kota Kinabalu,Sabah
Tel.   : 088 - 439 314
Faks : 088 - 439 732





No comments:

Post a Comment