Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif Penaksiran, Gred 41 | LHDN - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday, 1 November 2015

Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif Penaksiran, Gred 41 | LHDN


JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI 2015
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN )
Tarikh Tutup : 15 November 2015

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di LHDN seluruh negara.

PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41

GAJI : RM2,997.00  Hingga  RM11,392.00

KELAYAKAN MEMOHON


Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 

ATAU

Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; 

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KELAYAKAN TAMBAHAN

* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan.

* Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.

KRITERIA DIPERLUKAN
  • Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
  • Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
  • Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
CARA MEMOHON



Butiran Lanjut di
CAREER | HASIL.GOV.MY

Sila kemukakan pertanyaan kepada UNIT PENGAMBILAN dan PENEMPATAN di talian:-

03-8313 8888 sambungan 21079, 21081, 21083, 21084, 21085, 21041, 21042 dan 21048



BIDANG TUGAS:
  • Menjalankan operasi pematuhan cukai, audit meja, audit luar  dan audit PCB (Potongan Cukai Berjadual). 
  • Memberi khidmat nasihat secara langsung atau tidak langsung disamping memberi ceramah pendidikan dan pembelajaran percukaian
  • Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat. 
  • Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 serta menyemak dan meluluskan kes-kes pembayaran balik. 
  • Memeriksa borang CKHT 1 dan CKHT 2, dokumen-dokumen lain dan tuntutan perbelanjaan serta mengeluarkan taksiran dan surat perakuan kelulusan bagi tahun semasa dan tahun kebelakangan. 
  • Menyediakan laporan perangkaan hasil kerja bulanan untuk individu/kumpulan.


No comments:

Post a Comment