Kerja Kerajaan | Pembantu Pembedahan Pergigian - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 22 December 2015

Kerja Kerajaan | Pembantu Pembedahan Pergigian

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan
JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2016
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada Organisasi dan Bersifat Sedia Membantu boleh memohon jawatan

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
(KEKOSONGAN SELURUH MALAYSIA)
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

KELAYAKAN 
  • Jantina: Perempuan sahaja
  • Tempoh Latihan: 2 tahun
  • Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tempat Latihan:
    • Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
  • Syarat Latihan:
    • Warganegara Malaysia
    • Umur:
      • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
      • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Kelayakan:
      • Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
      • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    • Keutamaan:
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;
      • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
Tarikh Tutup : 4 JANUARI 2016 (ISNIN) jam 11.59 malam
CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di

www.spa.gov.my





KERJA-KERAJAAN-2016pmr







No comments:

Post a Comment