Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma | Jawatan Kosong Kerajaan - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 22 December 2015

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma | Jawatan Kosong Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan
JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2016
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada Organisasi dan Bersifat Sedia Membantu boleh memohon jawatan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
(2,344 KEKOSONGAN SELURUH MALAYSIA)

KELAYAKAN 

    • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan AwamCalon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
      • lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
      • lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
      • memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
      ** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
    • Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa PerubatanCalon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

      Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Tarikh Tutup : 4 JANUARI 2016 (ISNIN) jam 11.59 malam
CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di

www.spa.gov.my









KERJA-KERAJAAN-2016jpg



No comments:

Post a Comment