Kerja Kosong Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Sabah- Februari 2016 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 31 January 2016

Kerja Kosong Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Sabah- Februari 2016

Logo Dewan Bahasa Pustaka - Text
JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI SABAH 2016
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

PENOLONG PERANCANG BAHASA GRED S27

Taraf Perkhidmatan : Tetap dan Berpencen
Jadual Gaji Minimum – Maksimum :
RM1,362.00 – RM5,092.00
Kekosongan :  (DBP Kuala Lumpur, DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak)
SYARAT LANTIKAN :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
-Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

-Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

-Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LAIN-LAIN KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP 2016
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17
Kekosongan :  (DBP Kuala Lumpur)

PEMBANTU PENERBITAN GRED N17
Kekosongan :  (DBP Kuala Lumpur)

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Kekosongan :  (DBP Kuala Lumpur)

CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP
(Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99).

Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my.


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

PERTANYAAN LANJUT 
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,
Kompleks DBP Sabah, Telok Likas,
88873 Kota Kinabalu,Sabah
Tel.   : 088 - 439 314
Faks : 088 - 439 732




1 comment:

  1. link untuk muatturun borang tiada capaian @ session expired.. adakah iklan kekosongan jawatan telah di tutup??

    ReplyDelete