Kerja Kosong Penolong Akauntan | Lembaga Koko Malaysia - Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 13 January 2016

Kerja Kosong Penolong Akauntan | Lembaga Koko Malaysia - Sabah

logo-lembaga-koko
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN JANUARI 2016
PENOLONG AKAUNTAN
Tarikh Tutup : 25 JANUARI 2016 

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan  di Lembaga Koko Malaysia (Sabah) :

PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27
Penempatan - Ibu Pejabat Lembaga Koko Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah


Syarat Kelayakan :
a) Diploma dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan adalah diberi kepada calon yang:-
- Memperolehi Diploma Perakaunan sahaja.
- Pengajian dalam bidang sains tulen dan perakaunan di peringkat SPM atau SRP/PMR atau salah satu sahaja.
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja khususnya di firma audit swasta.
- Mahir dalam standard perakaunan dan pengauditan Malaysia dan Antarabangsa
- Calon mestilah fasih bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Calon mestilah bersedia untuk bekerja di luar pejabat dan bekerja dengan penyeliaan minima.
- Calon hendaklah aktif dalam bidang sukan.

Syarat-Syarat Permohonan
i) Warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2015, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.

CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga Koko di (link dibawah)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional

dan hendaklah dihantar tidak lewat pada ISNIN, 25 JANUARI 2016 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.
Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



 info: Lembaga Koko Malaysia



No comments:

Post a Comment