Jawatan Kosong Pegawai Tadbir, N41 | Kerajaan Negeri Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 17 February 2016

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir, N41 | Kerajaan Negeri Sabah

JAWATAN KOSONG KERAJAAN DI SABAH TERKINI 2016

KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PEGAWAI TADBIR, GRED N41 - (24 Kekosongan)

Tempat Kekosongan : Seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji :
Gred G41 : RM1911.00 - RM8646.00
Kenaikan Gaji Tahunan :
RM225.00

TARIKH TUTUP : 9 MAC 2016 (RABU)


SYARAT LANTIKAN
 i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,911.00); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43); atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64)

dan

Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Penetapan Kriteria
(a) Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif / Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 (minimum);
(c) Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia termasuk lisan dan tulisan;
(d) Aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum dan Kesukarelaan (NGO);
(e) Dua belas (12) daripada kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 tersebut hendaklah diisi oleh calon-calon yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web SPANS di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my


Untuk mereka yang tidak mempunyani kemudahan komputer , Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS, KOTA KINABALU.

Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.




Deskripsi Tugas
Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan peraturan dalam bidang :
(a) Pentadbiran Am seperti pentadbiran pejabat, rekod, protokol dan istiadat, keselamatan, pengurusan harta dan bangunan, keurusetiaan, seranta dan perhubungan awam
(b) Pengurusan Personel seperti perjawatan, skim-skim perkhidmatan, pembangunan organisasi dan perancangan tenaga manusia, perkhidmatan latihan dan kerjaya, gaji, elaun dan kemudahan, faedah persaraan dan hubungan perusahaan
(c) Pengurusan Kewangan seperti kewangan am, belanjawan, akaun dan pembayaran, pengurusan material dan stor
(d) Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
(e) Penyelidikan dan Pembangunan Pengurusan seperti pemodenan tadbiran, pembangunan sistem kerja dan penggunaan automasi pejabat

No comments:

Post a Comment