Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP 17 | Jabatan Imigresen Malaysia - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 9 March 2016

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP 17 | Jabatan Imigresen Malaysia

Logo Jab Imigresen Malaysia
JAWATAN KOSONG TERKINI – JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
PEGAWAI IMIGRESEN, KP17
600 Kekosongan (Seluruh Malaysia)

Syarat Latihan:
1) Warganegara Malaysia
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

CARA MEMOHON
 



Tarikh Tutup Permohonan :
27 MAC 2016 ( AHAD )
jam 11.59 malam

Permohonan secara online di
 Portal SPA 










1 comment: