JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2016
Kelayakan SPM
PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN, GRED N17
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Tarikh Tutup : 8 MEI 2016
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia); atau
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM1,039.83 ] - Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[ Gaji Permulaan : RM1,378.22 ] - Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah mengemukakan / mengemaskini permohonan secara atas talian
Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -
6 Kekosongan
- Deskripsi Tugas:
- Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
- Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
- Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
- Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Penerimaan/Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal
- Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
- Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
- Merekod suhu stor, chiller dan freezer.
- Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer/chiller.
No comments:
Post a Comment