Kerja Kosong Sabah | Pemandu Kenderaan, Gred H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday, 13 April 2016

Kerja Kosong Sabah | Pemandu Kenderaan, Gred H11

logo-lembaga lada-malaysia
JAWATAN KOSONG TERKINI – LEMBAGA LADA MALAYSIA
Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan bertaraf kontrak di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut:

PEMANDU KENDERAAN, GRED H11
Tarikh Tutup : 29 APRIL 2016
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Sihat tubuh badan;
iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iv) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
v) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
vi) Memiliki Lesen memandu kelas E, Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan
vii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup permohonan, mempunyai pengalaman memandu bas, boleh memandu jentera angkut (forklift) dan lori, mempunyai penglihatan yang baik, tidak rabun warna, boleh bekerja di luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan).
CARA MEMOHON



Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian melalui e-jawatan MPB 

Permohonan secara online di
PORTAL LEMBAGA LADA MALAYSIA [klik]-




Senarai tugas Pemandu Kenderaan, Gred H11 , Lembaga Lada Malaysia ;
a) Memandu kenderaan pejabat mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelia;
b) Membuat pemeriksaan dan membuat laporan kerosakan (jika berkaitan);
c) Mengemaskini buku log kenderaan;
d) Membantu dalam menyelenggara pejabat;

No comments:

Post a Comment