JAWATAN KOSONG KERAJAAN JANUARI 2017
LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-
PEN. PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED KP29
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP29 :Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
Kelayakan Masuk : Bekas Polis atau Bekas Tentera
Bidang/Kelayakan Khusus : Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
ATAU
Kelayakan Masuk : Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil
Bidang/Kelayakan Khusus : Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia: - Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus : Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia: - Diploma dalam bidang perikanan, pertanian,hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN
Syarat Lantikan Tambahan : - mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
DAN
Bidang Kelayakan Akademik : Bidang berkaitan
Bidang Lain : Undang-Undang , Pertanian , Sains Veterinar , Perikanan
Tarikh Tutup : 22 JANUARI 2017 (AHAD)
CARA MEMOHON
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah
memohon secara online melalui
PORTAL
memohon secara online melalui
PORTAL
No comments:
Post a Comment