TIPS DAN IDEA | BISNES JUAL AIR DI PASAR MALAM,TAMU,KARNIVAL,BAZAR - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday, 20 September 2017

TIPS DAN IDEA | BISNES JUAL AIR DI PASAR MALAM,TAMU,KARNIVAL,BAZAR


Mahu buat bisnes dan cari pendapatan sampingan? Tapi tiada idea apa yang mau dibikin?
Bah, idea ini nampak mudah dan menguntungkan... iaitu JUAL AIR MINUMAN

Kenapa jual air minuman?
Kalau ke pasar malam, tamu, festival, karnival atau pun pesta, antara benda utama yang selalu akan dicari ialah AIR MINUM. Betul kan? Haus bah tu lepas berjalan...

Jadi, apabila ada permintaan, kita ambil peranan sebagai pembekal.


Buat BISNES JUAL AIR MINUMAN !

Banyak cara dan idea untuk jual air minuman ni kan. Air yang dibancuh, air buah yang diproses, air kotak, air tin dan yang sewaktu dengannya. 

BAGAIMANA DAN APA YANG PATUT DIJUAL?

Nah, disinilah orang bilang kita kena ada ILMU dan MENTOR.

Kita boleh belajar dengan melihat bagaimana otai-otai yang sudah lama berniaga.
Boleh juga kita tanya dan minta mereka kongsikan pengalaman atau keperluan untuk menceburi bisnes ini.

Jika mahu, anda juga boleh mendapatkan Panduan Bisnes Air Balang Di Internet (KLIK)

MODAL PERMULAAN ?


Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

BERAPA PULA MODAL HARIAN?

Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! 

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.


POTENSI JUALAN & UNTUNG?

Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar 
(lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 sebulan geng!

BAGAIMANA?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini!

Anda boleh klik link di bawah!


No comments:

Post a Comment