Iklan Jawatan Kosong Kerajaan
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Sarawak
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan seperti berikut :-
PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN, GRED N11
Kekosongan : Kuching (2), Samarahan (1), Bintulu (1), Miri (2), Limbang (1)
Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun
c) Mempunyai kelulusan, Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Taraf Jawatan adalah KONTRAK
Gred Gaji N11 ( Gaji Minimum RM 1,216.00 - Gaji Maksimum RM 2,983.00)
Elaun : Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Sebulan
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 95.00 Sebulan
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan Lampiran A, Borang Perakuan Pelantikan Pegawai Kontrak Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Sarawak dan Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Bahagian Kuching, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Bintuu, Miri,Limbang Dan Lawas.
Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U(A)176).
Borang Permohonan lengkap (dalam 3 salinan) hendaklah disertakan dengan Gambar Terkini berukuran passport dan dikepilkan dengan sesalinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada
PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
TINGKAT 9, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
JALAN SIMPANG TIGA, PETI SURAT 2384
93250 KUCHING, SARAWAK
Tarikh Tutup Permohonan pada 14 hb November 2017
NOTA:
Permohonan anda akan DITOLAK sekiranya
(i) Tidak lengkap / Tidak jelas
(ii) Tidak Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
(iii) Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
(iv) Tidak di tandatangani dam
(v) Tidak mengkuti Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U(A)176) bagi calon yang sedang berkhidmat.
Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan sahaja yang akan dijemput untuk menghadiri temuduga, mereka yang tidak dihubungi selepas tempoh enam(6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.
No comments:
Post a Comment