KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . KWSP mencari calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi jawatan berikut:
Jawatan : IT CONTRACT MANAGEMENT SPECIALIST
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat (IT) atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia termasuk lulus lisan di peringkat SPM/SPM (V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sekurang-kurangnya 6 tahun pengalaman dalam Pengurusan dokumen perjanjian IT dan menguruskan pembelian teknologi
- Pemahaman secara mendalam dalam trend industri IT bagi kontrak dan amalan Pengurusan pembekal
- Berpengetahuan yang luas berkaitan kategori IT dan pelbagai model harga serta termakontrak
- Pemahaman yang baik bagi pembekal dan model komersal IT
- Berpengetahuan dalam komersial dan perundingan undang-undang yang berkaitandengan pembelian teknologi
- Self-starter, boleh bekerja multi-tasking dan independent
- Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dengan kemahiran interpersonal untuk melibatkan diri secara profesional dengan teknikal dan bukan teknikal personel dan pembekal.
*Bidang pengajian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon
*Calon-calon yang memiliki pensijilan ITIL (Information Technology Infrastructure Library – is an integrated set of best-practice lifecycle) atau sudah biasa/berpengalaman menggunakan ITIL diberi
keutamaan
Tanggungjawab:
- Mengurus, merancang dan memantau semua kontrak IT berkaitan untuk memastikan ia sempurna dan diperbaharui mengikut masa yang ditetapkan.
- Memudahkan dan mengurus susun atur kontrak untuk semua pembekal IT dengan memastikan faedah organisasi dilindungi dan pembekal mengikut standard KWSP.
- Menyokong, memberi nasihat dan mengesyorkan kontrak IT berkaitan untuk stakeholder ndalaman bagi pelbagai peringkat pembelian teknologi.
- Menambahbaik pengurusan kontrak IT, pembelian teknologi dan proses pengurusan pembekal serta stakeholder dalaman yang bersesuaian/penting.
- Pakar rujuk untuk stakeholder IT bagi keperluan dan syarat-syarat kontrak bagi stakeholder dalaman dan pembekal.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan dan resume lengkap dengan nombor telefon, kelayakan, pengalaman dan gaji semasa sebelum 10 November 2017. Sila nyatakan nama jawatan yang anda mohon. Sila emelkan ke:
recruitment2@epf.gov.my
Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan akan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.
No comments:
Post a Comment