Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Pembedahan Pergigian, Gred U19 - UITM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday, 1 November 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Pembantu Pembedahan Pergigian, Gred U19 - UITM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan untuk jawatan yang berikut :-

Jawatan : PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN, U19

SYARAT DAN KELAYAKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:

(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Bukan Staf UiTM
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 November 2017 hingga 15 November 2017 dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii) Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal IStaf

-> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 15 November 2017 (Rabu).

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL : (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3090 / 3093
(03) 5521 1028 / 1314

EMAIL : bpps@salam.uitm.edu.my


No comments:

Post a Comment