Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
MAKLUMAT KERJA KOSONG
Jika anda, seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan ini dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Anda adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di RISDA seperti yang diiklankan :-NAMA MAJIKAN : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
LOKASI KEKOSONGAN : Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 DISEMBER 2017
MAKLUMAT JAWATAN:
Jawatan kosong terkini bagi bulan Disember yang diiklankan adalah seperti berikut:1. PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH, GRED G29
Taraf jawatan : Tetap
Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terbaru ini, sila pastikan anda mengikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti butiran yang di bawah.
KEPERLUAN DAN KELAYAKAN :
Berikut merupakan syarat dan keperluan untuk mengisi kekosongan jawatan baru ini. Sila pastikan anda memenuhi syarat keperluan dan kelayakan di bawah agar permohonan anda tidak ditolak.Diploma dalam bidang perladangan, pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)
dan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Rancangan Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 ( c ); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat SECARA ONLINE SAHAJA melalui
Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing ketika menghadiri temuduga;
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
No comments:
Post a Comment