Jawatan Kosong | Penolong Akauntan, Gred W29 - JAKIM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday, 13 December 2017

Jawatan Kosong | Penolong Akauntan, Gred W29 - JAKIM

MAKLUMAT KERJA KOSONG

Jika anda, seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan ini dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Anda adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan :-
NAMA MAJIKAN : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, JAKIM
LOKASI KEKOSONGAN : SABAH, SARAWAK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 DISEMBER 2017

MAKLUMAT JAWATAN:

Jawatan kosong terkini bagi bulan Disember yang diiklankan adalah seperti berikut:


1. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W29


Taraf jawatan : Contract Of Services


Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terbaru ini, sial pastikan anda mengikuti langkah memohon kerja kosong terkini seperti butiran yang di bawah.

KEPERLUAN DAN KELAYAKAN :

Berikut merupakan syarat dan keperluan untuk mengisi kekosongan jawatan baru ini. Sila pastikan anda memenuhi syarat keperluan dan kelayakan di bawah agar permohonan anda tidak ditolak.

1. Warganegara Malaysia;


2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


3. Berkelulusan:


i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan dari politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau


ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau


iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau


iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2,001.68).


4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab melaksana, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran
gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah
dan penyediaan laporan tahunan.

CARA MEMOHON



Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan keperluan jawatan seperti di atas, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan anda dengan mengemukaka resue serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
**(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.)




No comments:

Post a Comment