Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
NAMA JABATAN :
JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN SABAH / JABATAN KERJA RAYA
No. Notis SPANS : 30/2020
Nama Jawatan : PEMBANTU AWAM, GRED H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : TIGA PULUH SATU (31)
Ibu Pejabat JPP Kota Kinabalu (2)
JPP Kota Kinabalu & Putatan (2)
JPP Papar (1)
JPP Tuaran (2)
JPP Penampang (1)
JPP Ranau (1)
JPP Kudat (2)
JPP Kota Marudu (2)
JPP Sandakan (1)
JPP Telupid (1)
JPP Kinabatangan (1)
JPP Tawau (2)
JPP Lahad Datu (3)
JPP Keningau (1)
JPP Tambunan (2)
JPP Tenom (3)
JPP Beaufort (2)
JPP Sipitang (1)
JPP Kuala Penyu (1)
Taraf Jawatan :Sementara
Jadual Gaji : Gred H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
SYARAT LANTIKAN
a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00); dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pembetungan,air, minyak dan gas.
CARA MEMOHON
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
21 APRIL 2020 (Selasa)
No comments:
Post a Comment