KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH
Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH
NO NOTIS SPANS : 38/2020
Nama Jawatan :
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Sepuluh (10) Jawatan
Tempat Kekosongan :
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (2)
Jabatan Perhutanan Sabah (3)
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)(3)
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (1)
Pejabat Daerah Sipitang (1)
Taraf Jawatan: Sementara
Jadual Gaji :Gred N19 : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
SYARAT LANTIKAN
a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 SEPTEMBER 2020, (KHAMIS)
No comments:
Post a Comment