IKLAN PENGAMBILAN SECARA KONTRAK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JAWATAN : JURU X-RAY DIAGNOSTIK GRED U29
JAWATAN : JURU X-RAY DIAGNOSTIK GRED U29
Gaji : RM1,797.00
Elaun-elaun :
Elaun-elaun :
ITKA :RM160.00
ITP :RM300.00
BSH :RM200.00-RM300.00
B. SYARAT KELAYAKAN
1.Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 55 tahun.
2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
3.Memiliki Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (6 bulan) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, asma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan dan sebagainya.
5.Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.
6.Sedia bertugas lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan
7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM
CARA MEMOHON
1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut mulai 26 November 2020
2. Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam
borang permohonan.
3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan
diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
4. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas
talian.
No comments:
Post a Comment