Jawatan Kosong Kerajaan Mac 2021 | Pembantu Operasi, Gred N11 - FRIM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday, 18 March 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Mac 2021 | Pembantu Operasi, Gred N11 - FRIM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN MAC 2021

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)


IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2021

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

(a) JAWATAN :

PEMBANTU OPERASI GRED N11 

(b) PENEMPATAN: BAHAGIAN PENTADBIRAN 

(c) TARAF JAWATAN : TETAP 

(d) JADUAL GAJI: RM 1,216.00 (Minimum) – RM 2,983.00 (Maksimum) 

(e) KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00 

(f) IMBUHAN 

(i) TETAP KHIDMAT AWAM : RM 95.00

 (ii) TETAP PERUMAHAN : RM 300.00 

(iii) BANTUAN SARA HIDUP : RM 350.00

(g) SYARAT LANTIKAN 

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 

(i) Warganegara Malaysia; 

(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

(iii) Penaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred N11: RM 1,216.00);

(iv) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan olej Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan(P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM 1,262.15). 

(h) SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

(i) FUNGSI BIDANG TUGAS 

Menjalankan kerja-kerja dalam menolong melancarkan perjalanan kerja pejabat seharian membabitkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat atau dokumen atau notis dan pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E. Bertugas menjalankan kerja-kerja operasi am berbentuk hands-on yang memerlukan kebolehan fizikal di dalam pejabat.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM akan diproses.
Sila ikuti pautan di bawah untuk memohon secara online.

Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :31 Mac 2021 (Rabu)

CATATAN AM Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 




No comments:

Post a Comment