IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2021
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
(a) JAWATAN :
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
(b) PENEMPATAN: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
(c) TARAF JAWATAN : TETAP
(d) JADUAL GAJI: RM 1,493.00 (Minimum) – RM 5,672.00 (Maksimum)
(e) KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00
(f) IMBUHAN
(i) TETAP KHIDMAT AWAM : RM 160.00
(ii) TETAP PERUMAHAN : RM 300.00
(iii) BANTUAN SARA HIDUP : RM 350.00
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00);
(ii) Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95); atau
(h) SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(i) SYARAT TAMBAHAN
) Mempunyai pengalaman merancang dan melaksanakan pengurusan latihan jangka pendek dan jangka panjang.
ii) Menguruskan penempatan pakar dan pelajar bagi menjalani latihan industri.
iii) Menguruskan permohonan lawatan rasmi dan persendirian keluar negara.
iv) Menyelaras Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan pementoran.
v) Menyelaras pengurusan peperiksaan, menambahbaik modul, soalan dan skema jawapan mengikut prosedur peperiksaan
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM akan diproses.
Sila ikuti pautan di bawah untuk memohon secara online.
Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :31 Mac 2021 (Rabu)
CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses
saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga
(3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
No comments:
Post a Comment