Jawatan Kosong Kerajaan Mac 2021 | Operator Loji Gred H11 - FRIM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday, 18 March 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Mac 2021 | Operator Loji Gred H11 - FRIM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN MAC 2021

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)


IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2021

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

(a) JAWATAN :

OPERATOR LOJI GRED H11

(b) PENEMPATAN: BAHAGIAN KELUARAN HUTAN

(c) TARAF JAWATAN : TETAP 

(d) JADUAL GAJI: RM 1,218.00 (Minimum) – RM 2,939.00 (Maksimum)

(e) KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00 

(f) IMBUHAN 

(i) TETAP KHIDMAT AWAM : RM 95.00

 (ii) TETAP PERUMAHAN : RM 300.00 

(iii) BANTUAN SARA HIDUP : RM 350.00

(g) SYARAT LANTIKAN 

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 

(i) Warganegara Malaysia; 

(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

iii) Penaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; iv) Sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan

v) Berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM 1,264.15). 

(h) SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

(i) FUNGSI BIDANG TUGAS 

Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM akan diproses.
Sila ikuti pautan di bawah untuk memohon secara online.

Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :31 Mac 2021 (Rabu)

CATATAN AM Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 






No comments:

Post a Comment