KERJA KOSONG SABAH MAC 2021
SABAH ELECTRICITY SDN BHD
Kekosongan Jawatan
Maklumat & Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) atau kelulusan yang setaraf dengannya;
- Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
- Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah;
- Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dan menetap di daerah di mana kekosongan diiklankan.
- Menyemak & meluluskan kuantiti stok agihan bagi setiap Reservation yang diterima;
- Mengawal paras stok yang disimpan di Stor Pusat Kolombong dan stor Kawasan (Sabah/W.P Labuan);
- Membuat permohonan penambahan stok untuk bahagian alatulis apabila paras stok mencapai paras ‘re-order level’;
- Membuat pemancangan Online Reservation dan pengisian Borang Stock Reservation untuk keperluan penambahan stok Stor Pusat dari Stor Kawasan;
- Memantau proses penerimaan barangan stok yang dihantar dari Stor Pusat ke Stor Kawasan / dari Stor Kawasan ke Stor Pusat melalui pemancangan sistem SAP;
- Mewujudkan Material Master untuk stok barangan baru sebelum pembelian dibuat oleh Jabatan Pengurusan Pembelian;
- Memastikan baki stok fizikal dan sistem sentiasa sama melalui pemeriksaan dan pengiraan stok berkala;
- Memantau dan membantu Koordinator Pengira Stok semasa proses pengiraan stok fizikal dijalankan dua kali setahun;
- Memancang Goods Issue Note barangan Stok/Bukan Stok Kecemasan/Luar Masa Bekerja dan mengemaskini dokumen berkaitan;
- Mengemaskini materialnumber mengikut keperluan barangan dan permintaan jabatan pemula
Lokasi :KOTA KINABALU, DAN RANAU
Tarikh Tutup: 22 MAC 2021
CARA MEMOHON
Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.
Pemohon adalah di nasihatkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup iklan.
Pemohon yang disenarai pendek untuk proses temuduga akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan.
Berdasarkan Kod Tataamalan Perlindungan Data Peribadi untuk Sektor Ultiliti (Elektrik), sila maklum bahawa semua data peribadi pemohon yang direkodkan dalam sistem eRecruit hanya akan disimpan selama 24 bulan dari tarikh akaun diwujudkan. Selepas tempoh tersebut, akaun pemohon akan dilupuskan mengikut jadual pelupusan data peribadi.
Pemohon yang masih berminat adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran semula seperti mana proses pendaftaran kali pertama dibuat.
Jika memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pentadbir sistem eRecruit melalui e-mel:
erecruit@sesb.com.my
No comments:
Post a Comment