JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2021
(KPDNHEP)
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
PEMBANTU PENGUATKUASA , GRED KP19
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
KEKOSONGAN : 30
SIMPANAN : 40
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
| |
| (a) | Warganegara Malaysia; dan | |
| (b) | Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
| (c) | Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan | |
| (d) | - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
|
(e) | Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut: |
|
|
| | | - Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
|
*Bidang SKM Tahap 3 (i) Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas) (ii) Operasi Kenderaan Perkhidmatan AWam (Teksi) (iii) Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan (iv)Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat
| |
| | |
CARA MEMOHON
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA
Tarikh Tutup Iklan : 4 JULAI 2021 (AHAD) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA9i di bawah untuk memohon :
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Nk kerja
ReplyDelete