Kerja Kosong Kerajaan April 2022 | Pembantu Keselamatan, Gred KP19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 11 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan April 2022 | Pembantu Keselamatan, Gred KP19

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2022

PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA
(CGSO)

Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PEMBANTU KESELAMATAN, GRED KP19

KEKOSONGAN
PEMBANTU KESELAMATAN, GRED KP19
Kekosongan : 30 ; Simpanan : 20

Kekosongan di Sabah, Sarawak & Semenanjung

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
 (a)Warganegara Malaysia; dan 
 (b)Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
 c
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  2. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

    ·  tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

    ·  berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

    ·  mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

    ·  mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

    ·  lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

    ·  pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

    ·  diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

  • BIDANG SVM / SKM
    Bidang SKM Tahap 2*
    (i) Operasi Perkhidmatan Sekuriti

    Bidang SKM Tahap 3*
    (i) Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti
    (ii) Central monitoring Station Operation

  • SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
    Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i), 2(c)(iii) dan 2(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Deskripsi Tugas

    Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 17 APRIL 2022 (AHAD) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA9i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.




No comments:

Post a Comment