Kerja Kosong Kerajaan 2022 | PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 - FELDA - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 7 October 2022

Kerja Kosong Kerajaan 2022 | PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 - FELDA

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN TERKINI TAHUN 2022
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

Pemohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi  :-

Nama Jawatan :
PEGAWAI UNDANG-UNDANG , GRED L41

Bilangan Kekosongan : -
Tempat Kekosongan : -


Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi : Perundangan dan Kehakiman

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED L41 : RM2,418.00 – RM9,607.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


SYARAT LANTIKAN :


(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) kelayakan Akademik:

  (i) Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

  (ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).

     (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).


(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) had umur pelantikan:

   (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

   (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

   (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.



SKOP KERJA UTAMA

Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas perundangan dalam aspek nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang.


FUNGSI

1. Fungsi Komersial merangkumi aktiviti berikut:
   - menyediakan dan menyemak perjanjian-perjanjian komersial bagi pihak FELDA,
   - Mengurus dan mentadbir transaksi undang-undang yang melibatkan pindahmilik hak bagi pihak FELDA,
   - Mentadbir dan mengurus rekod-rekod perjanjian dan dokumen-dokumen perundangan
   - Memantau pematuhan undang-undang dan perjanjian bagi transaksi-transaksi dan projek-projek yang melibatkan FELDA
   - Memberi nasihat guaman kepada FELDA bagi transaksi dan perjanjian komersial

2. Fungsi Penyelesaian Pertikaian merangkumi aktiviti berikut:
   - Mengurus dan mentadbir kes-kes tuntutan dan penyelesaian pertikaian
   - Mengurus dan mentadbir kes-kes litigasi di mahkamah bagi pihak FELDA
   - Mengurus dan mentadbir kes-kes penyelesaian pertikaian yang dibawa ke timbangtara dan badan-badan adjudikasi yang lain
   - Mengeluarkan notis tuntutan kepada pihak ketiga bagi pihak FELDA
   - Memberi nasihat guaman kepada FELDA bagi kes-kes penyelesaian pertikaian dan litigasi

3. Fungsi Korporat merangkumi aktiviti berikut:
   - Menguruskan dan memantau urustadbir korporat anak syarikat FELDA
   - Mentadbir dan menyelaras aktiviti-aktiviti korporat anak syarikat FELDA yang melibatkan pengambilan, penstrukturan semula dan penggulungan
   - Mentadbir dan menyelaraskan maklumbalas kepada menteri yang berkaitan hal ehwal undang-undang FELDA
   - Mengurus dan mentadbir pematuhan serta pindaan terhadap Akta Kemajuan Tanah 1956 dan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

4. Fungsi Perwarisan Tanah merangkumi aktiviti berikut:
   - Menguruskan dan mentadbir kes-kes perwarisan tanah FELDA berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Kanun Tanah Negara 1965 dan akta-akta yang berkaitan.


(i) Membantu Jurutera Bahagian & Penolong Jurutera dalam memastikan kawasan stesen pam kumbahan dalam keadaan bersih & berfungsi.

(ii) Membuat laporan sekiranya berlaku kerosakan di stesen pam. Memberi tindak balas segera jika terdapat aduan awam. Mengetuai & memastikan operator di bawah selian membuat kerja dengan betul & selamat.



CARA MEMOHON


PERMOHONAN JAWATAN PERLU DIBUAT SECARA ATAS TALIAN MELALUI LINK DI BAWAH :



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 OKTOBER 2022






No comments:

Post a Comment