Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | JURULATIH SAMBILAN - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 19 January 2023

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | JURULATIH SAMBILAN

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH
(KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SABAH)

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacita mempelawa calon-calon Bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan di Kampus Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Jalan Pantai Manis, Papar, Sabah.

Nama Jawatan :
JURULATIH SAMBILAN

Bilangan Kekosongan 
I) DKM MP-060-4:2013 Penyeliaan Terapi Estetik atau SKM Perkhidmatan Terapi Estetik (MP-060-3:2013/S960-002-3:2020) - Satu Kekosongan

II) SKM Tahap 3, Operasi Pengemasan dan Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013) atau SKM Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019) -
Dua Kekosongan

III)
SKM Tahap 3, Mekanik Kenderaan Perdagangan (P-030-3) atau SKM Tahap 3, Kenderaan Perdagangan - Servis Diagnostik (G452-001-3:2017) - Dua Kekosongan

IV)
DKM Tahap 4, HT-090-4:2014 Pengurusan Pendandan Rambut Kreatif atau SKM Tahap 3, HT-090-3:2012 Dandanan Rambut - Satu Kekosongan

Tempat Kekosongan :
PAPAR

Taraf Jawatan : SAMBILAN
Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar mengikut jumlah jam mengajar



SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Kelayakan akademik seperti berikut :-

   (i) Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

   (ii) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan dua (2) tahun pengalaman kerja; atau Diploma Kemahiran Malaysia dengan 2 (dua) tahun pengalaman kerja dengan bidang yang dipohon;

   (iii) Memiliki Sijil Vocational Training Officer (VTO); dan

   (iv) Memiliki Sijil Induksi Pentauliahan PP / PPD / PPB






CARA MEMOHON


a) Calon-calon yang berminat dan memiliki syarat-syarat kelayakan boleh mendapatkan Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan di Tingkat 5, JPSM, Wisma Bandaraya pada 30 Januari hingga 6 Februari 2023. Calon-calon hendaklah memastikan borang diisi dengan lengkap dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

    - Sekeping gambar terbaru berukuran pasport;
    - Salinan sijil kelahiran;
    - Salinan kad pengenalan
    - Salinan Sijil SPM, SKM & Diploma atau Ijazah;
    - Lain-lain Sijil / Dokumen yang berkaitan

b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu (u.p: Puan Nurfara Ain bin Abdullah) sebelum atau pada 15 Februari 2023.

Catatan Am :-
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan dan risiko semasa menghadiri temuduga.

Pengarah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Tingkat 4, 5 & 7, Wisma Bandaraya
Beg Berkunci198
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088 - 218 723 / 088 - 218 730 / 088 - 224 607


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
15 FEBRUARI 2023






No comments:

Post a Comment