Kerja Kosong Sabah Februari 2023 | Temu Duga Terbuka - POLIS BANTUAN (KONSTABEL) - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 5 February 2023

Kerja Kosong Sabah Februari 2023 | Temu Duga Terbuka - POLIS BANTUAN (KONSTABEL)

KEKOSONGAN JAWATAN KONSTABEL
DI IBU PEJABAT DAN SELURUH CAWANGAN
BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah untuk memohon jawatan Konstabel dalam perkhidmatan Polis Bantuan di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi.

Nama Jawatan :
POLIS BANTUAN (KONSTABEL)

Tarikh Temu Duga Terbuka : 11 FEBRUARI 2023
Masa 
: 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
Tempat Temu Duga : Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu, Sabah



SYARAT - SYARAT KELAYAKAN :


1.  Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun daripada tarikh temu duga dijalankan.

2. Mempunyai tubuh  badan dan mental yang disihat serta mampu melakukan tugas-tugas fizikal tanpa sebarang alat bantuan.

3. Bebas rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

4. Berkebolehan untuk menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5. Sekiranya terpilih, calon akan tertakluk kepada pertukaran antara cawangan di seluruh Malaysia berdasarkan keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.

6.Calon yang berjaya boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan di seluruh Malaysia.

7. Calon yang pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan perlu membawa sesalinan surat pengesahan peletakan jawatan daripada bekas majikan serta sesalinan Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan. Bagi calon yang sedang berkhidmat pula, sila bawa bersama surat kelulusan daripada agensi masing-masing.

8. Hanya calon yang lulus Ujian Kelayakan Fizikal sebelum terpilih untuk ditemu duga.



KELAYAKAN AKADEMIK :

- Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran  termasuk Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris


KELAYAKAN FIZIKAL:


Calon mestilah mempunyai ukuran badan seperti berikut :- 

i) Bagi Calon Lelaki

  • Ketinggian minimum (tidak berkasut) = 165cm
  • Berat Badan Minimum = 51kg
  • Ukuran Dada = Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86cm (semasa menarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) = Di antara 18.5 hingga 26
  • Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna

i) Bagi Calon Wanita

  • Ketinggian minimum (tanpa menggunakan kasut) = 160cm
  • Berat Badan Minimum = 48kg
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) = Di antara 18.5 hingga 26
  • Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna

MANFAAT DAN KEMUDAHAN :

  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
  • Pakaian seragam tugas disediakan 
  • Peluang untuk menghadiri pelbagai kursus dan latihan
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan ternasuk tanggungan
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan peluang penempatan kerja di premis-premis Bank Negara di seluruh Malaysia
*Nota : Faedah dan kemudahan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.






ETIKA PEMAKAIAN DAN DOKUMEN


Calon yang hadir bagi sesi temu duga diminta untuk memenuhi etika pemakaian dan membawa bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di bawah:-

i) Etika Pemakaian
  • Bagi ujian kecergasan dan fizikal - Pakaian dan kasut sukan
  • Bagi sesi temu duga - Pakaian formal
ii) Dokumen-Dokumen Penting
  • Resume terkini
  • Sijil akademik dan transkrip (SPM/STPM/Diploma) - sila bawa dokumen asal dan satu salinan 
  • Satu gambar terkini berukuran passport
  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) - sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
  • Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya ada
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bahi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat

Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya.


Semua calon yang hadir diwajibkan untuk menjalankan ujian HTK dan memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan Bank Negara Malaysia.











v

No comments:

Post a Comment