Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Mac 2023 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday, 14 March 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Mac 2023 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH TAMAN-TAMAN SABAH

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang mana ibubapanya merupakan WARGANEGARA MALAYSIA berasal dari Negeri Sabah dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Nama Jawatan :
PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

Bilangan Kekosongan : 1
Penempatan : Taman Banjaran Crocker, Keningau

Taraf Jawatan : Sambilan
Gaji : RM 44.00 sehari


SYARAT LANTIKAN :

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

1. Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Memiliki lesen memandu sekurang-kurangnya kelas 'D'.

4. Berkelayakan akademik:

   a) Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

   b) Bagi pemegang kelayakan PMR perlu mendapatkan sekurang-kurangnya peringkat 'D' dalam lima (5) mata pelajaran termasuk matematik.

   c) Kepujian bagi subjek Bahasa Melayu di peringkat SRP / PMR / PT3 (sekurang-kurangnya Gred C).



SYARAT TAMBAHAN

1. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan.

2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (TS.TPD:32/05) yang boleh didapati di semua cawangan stesen Taman-Taman Sabah. 

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil Persekolahan (PMR / PT3, SPM & lain-lain), salinan lesen memandu (bagi jawatan pemandu kenderaan) dan sijil lain yang berkaitan yang DISAHKAN BENAR.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :- 


Ketua Penolong Pengarah
Pejabat Kompleks Taman Banjaran Crocker
Batu 8, Jalan Kimanis - Keningau
Peti Surat 934
89008 KENINGAU
Tel : 019 - 862 0404


4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 MAC 2023 (ISNIN)


SYARAT TAMBAHAN

1. Borang permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima pada tarikh tutup iklan dan salinan dokumen-dokumen tidak disahkan benar akan ditolak.

2. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk  menghadiri temuduga.

3. Pemohon tidak perlu meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Surat sokongan hanya perlu diberikan oleh Ketua Jabatan / Majikan di mana pemohon sedang bertugas.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
27 MAC 2023









No comments:

Post a Comment