Kerja Kosong Kerajaan April 2023 | PERSONEL MYSTEP (KONTRAK) - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 12 April 2023

Kerja Kosong Kerajaan April 2023 | PERSONEL MYSTEP (KONTRAK)

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN TERKINI TAHUN 2023
LEMBAGA PENGGALAKKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.  Nama Jawatan :
   PERSONEL MySTEP

     Kelayakan : Setaraf Diploma

     Tempoh Kontrak : Mulai Tarikh Lapor Diri hingga 31 Disember 2023

     Penempatan : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

     Kadar Upah : RM1,900.00 sebulan (Termasuk caruman kepada KWSP dan PERKESO)



2. SYARAT LANTIKAN :


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)  i.  Lulusan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau mempunyai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Matrikulasi);

     ii.  Boleh berkomunikasi dalam bahasa asing seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan lain-lain bahasa dengan baik.

     Maklumat Tambahan :
     Bidang kerja di kaunter-kaunter penerangan pelancongan pintu masuk ke Malaysia, melibatkan interaksi dengan pelancong daripada pelbagai negara dalam membantu mendapatkan informasi mengenai destinasi/produk pelancongan di Malaysia.

     iii.  Berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan komputer terutama perisian asas Microsoft Office (Words, Excel, PowerPoint dan lain-lain);

     iv.  Mempunyai minat untuk berkomunikasi dengan pelancong-pelancong asing.


3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon dalam lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.





4. ARAHAN DAN CARA MEMOHON


(a)   i.  Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh dimuat turun melalui link berikut;


      ii.  Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Perancangan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

     iii.  Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

     iv.  Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u/p. : Unit Perancangan)


(b)  Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan diakui sah benar oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c)  Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.

(d)  Bagi pemegang Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(e)  Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 April 2023 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.


5. CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

    i.  Puan Nor Ezlin Abdullah    -  03 - 8891 8906

    ii. Puan Adibah Mohd Basri   -  03 - 8891 8962

    iii. Cik Siti Halwah Othman    -  03 - 8891 8908




















No comments:

Post a Comment