Kerja Kosong Kerajaan Jun 2023 | GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 (KONTRAK) - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 18 June 2023

Kerja Kosong Kerajaan Jun 2023 | GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 (KONTRAK)

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN TERKINI TAHUN 2023
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SABAH
(KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA)


1. BUTIRAN JAWATAN

Nama Jawatan :
GURU TABIKA PERPADUAN

Gred Jawatan : S29

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan 1

Taraf Jawatan : Kontrak

Tempoh Kontrak : Minimum 1 Tahun

Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah

Bilangan Kekosongan : Tiga (3) 

Bilangan Calon Simpanan : Lima Belas (15)

Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah


2. JADUAL GAJI : Jadual Gaji Min Max RM1,493.00 - RM5,672.00


3. ELAUN  :

Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Bayaran Insentif Wilayah (BIW) : RM298.60


4. SYARAT LANTIKAN :


1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan;

4. Memperolehi sekurang-kurangnya "Kepujian" (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia.

5. Keutamaan adalah bagi permohonan yang berasal atau bermastautin di Negeri Sabah.


5. DESKRIPSI TUGAS :

1. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

2. Melaksanakan tugas mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

3. Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunakan di Tabika

4. Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.







CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my/web/home

2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab 'A' Lantikan dan Kenaikan Pangkat 2005.

3. Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran pasport), salinan Kad Pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, sijil Vaksinasi Covid-19 dan salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DIPERAKUI SAH oleh (Pegawai Kerajaan yang telah menjawat jawatan Kumpulan 'A' atau gred 41 ke atas).

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti di berikut :- 


PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SABAH

ARAS 3, BLOK A
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
JALAN UMS, SULAMAN LIKAS

88400 KOTA KINABALU


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 JUN 2023 (RABU)


PANGGILAN TEMUDUGA

1. Hanya calon-calon yang layak selepas lapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap Tidak Berjaya.

2. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 088 - 488 424 atau emel ke ppnsabah@perpaduan.gov.my



TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
28 JUN 2023











No comments:

Post a Comment