Kerja Kosong Kerajaan Jun 2023 | SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29 - MARA Negeri Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 14 June 2023

Kerja Kosong Kerajaan Jun 2023 | SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29 - MARA Negeri Sabah

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN TERKINI TAHUN 2023
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan Kontrak seperti yang diterangkan di bawah ini :-

1. Nama Jawatan :
setiausaha pejabat GRED N29

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 

Kekosongan : 1


CALON LANTIKAN HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN SEPERTI BERIKUT :-

(i) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(ii) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(iii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(iv) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat SPM / SPMV atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;



2. TARAF JAWATAN : KONTRAK


TARIKH TUTUP PERMOHONAN IKLAN JAWATAN PADA : 26 JUN 2023





CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Jawatan (Lampiran D) serta keterangan peribadi (Resume & Gambar ukuran Pasport) kepada :



Pengarah,
MARA Negeri Sabah,
Blok J Ruang Singgah Mata 4,
Asia City, Peti Surat 11040
88609 Kota Kinabalu
Tel : 088 - 211 011 / 088 - 211 012

Nota : Salinan Kad Pengenalan & Surat Lahir hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN sahaja).


4. CARA PELAKSANAAN 

a) Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.
b) Hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
c) Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.





















No comments:

Post a Comment