Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Julai 2023 | PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday, 12 July 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah Julai 2023 | PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah (salah seorang ibu atau bapa, Warganegara Malaysia yang lahir di Sabah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

NO NOTIS SPANS : 15/2023

Nama Jawatan :
PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19

Klasifikasi Perkhidmatan: KEJURUTERAAN

KumpulanPerkhidmatan PELAKSANA

Bilangan Kekosongan : 43 JAWATAN

Tempat Kekosongan :
DI MANA-MANA LOKASI DAERAH JTU

Taraf Jawatan TETAP

Jadual Gaji Gred N19: RM1,377.00 – RM4,052.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

   (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam Subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau

   (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau

   (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memiliki lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan selebihnya peringkat Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam satu peperiksaan.

(e) Kriteria Khas: Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia selain daripada mata pelajaran lain yang telah ditetapkan dalam syarat lantikan jawatan ini.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melukis, menyurih pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratin rentas, kontur dan lain-lain berkaitan



CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JULAI 2023, JAM 11.59 MALAM









No comments:

Post a Comment